
Terokai kelab bola sepak di seluruh Malaysia
Kelab yang membangun bakat muda dengan Teras Bola. Cari kelab dan daftarkan anak anda.
Kelab Bolasepak Sri Permata
Petaling, Selangor
Layari semua kelab
MOFIRO FC
Hulu Langat, Selangor
MOFIRO FC merupakan sebuah akademi bola sepak akar umbi yang berpangkalan di Bandar Baru Bangi, Selangor, dengan fokus kepada pembangunan kanak-kanak melalui bola sepak.Ditubuhkan pada tahun 2023, MOFIRO FC membawa pendekatan bahawa bola sepak bukan sekadar tentang mencari pemain terbaik atau mengejar kemenangan semata-mata.Bagi MOFIRO FC, setiap kanak-kanak berhak diberikan peluang untuk bermain, belajar dan berkembang.Atas prinsip tersebut, MOFIRO FC mengamalkan konsep “Tiada Pemilihan Pemain”, dengan membuka ruang kepada kanak-kanak daripada pelbagai tahap kemampuan dan pengalaman untuk menyertai latihan.Di MOFIRO FC, seorang kanak-kanak tidak perlu menjadi pemain yang hebat untuk bermula.
Malawa Fc
Kota Kinabalu, Sabah
Ditubuhkan pada tahun 2025, Malawa FC merupakan kelab bola sepak akar umbi yang berpusat di SK Malawa, Kota Kinabalu, Sabah.Kami memberi fokus kepada pembangunan pemain muda melalui latihan berstruktur, pembentukan karakter, disiplin dan pengalaman pertandingan.Kategori: U6 • U8 • U10 • U12 • U14 • U15Warna rasmi: Merah 🔴 & Biru 🔵

Kelab Contoh Bola Sepak
Selangor
Ini ialah kelab contoh untuk menunjukkan rupa halaman kelab di Teras Bola. Kelab sebenar akan memaparkan maklumat, pemain, dan pencapaian mereka sendiri di sini selepas disahkan.
